Welcome To My World

Isnin, 14 Februari 2011

Hari ni nak cerita sikit pasal ikan pulak. Selalunya ikan-ikan prasejarah dulu-dulu tu orang kata dah pupus. Tak semuanya. Ada juga yang masih lagi hidup sampai sekarang ni!

Jom tengok gambar2 ikan prasejarah yang masih hidup sehingga sekarang. Memang x pernah jumpa ikan2 macam ni . Kalau jumpe pun , mesti takut nak tengok .



Hagfish - macam belut , tapi bukan belut . ada yang kata , mereka memiliki tengkorak tetapi tidak memiliki tulang belakang, dan mereka memiliki dua otak.



Lancetfish - ikan ni tajam! Org panggil ikan pisau . Rahang gigi nya tajam , sirip belakang tu pun tajam .



Arowana - ikan ni boleh melompat keluar dari air untuk menangkap mangsanya seperti burung ngan kelawar. Nama lainnya , 'Ikan Naga'



Frilled Shark - tinggal kat lautan dalam. jarang dijumpai. Selalunya betina lebih besar dari yang jantan.



Sturgeon - Spesies sturgeon terbesar dapat tumbuh hingga 6 meter. Ikan ni tak mengancam manusia.



Arapaima - Predator ini bergerak lambat. Dan mereka perlu bernafas ke udara agar bertahan hidup. Arapaima tidak membahayakan bagi manusia tapi mereka sering diburu untuk daging mereka.



Sawfish - “Gergaji” mereka merupakan senjata dan organ sensorik, ditutupi pada elektro-sensitif pori-pori.



Alligator Gar - Macam buaya kan! Dia mempunyai rahang panjang, dengan bersenjatakan dua barus gigi tajam. Ikut kajian , diorang katalah ... Ikan ni adalah ikan yang tertua setakat ni.



Polypterus Senegalus - Selalu orang akan panggil belut dinasour sebab sirip dia macam dinasour ada duri bergigi .. Tapi bukan spesis belut pun. Nama je. Ikan ni sering dipelihara. Ikan ni jugak boleh bertahan keluar dari air kalau kita keluarkan dari akuarium.



Coelacanth - biasanya ditemukan dalam perairan gelap. Walaupun jarang ditangkap, raja ikan laut ini sangat terancam populasinya.

Khamis, 10 Februari 2011

Mitos tentang LELAKI!


















Lelaki...Banyak yg boleh didengar tentang mereka. Dari rumah hinggalah ke pejabat, ada sahaja yg diperkatakan. Dalam penyelidikan yg dijalankan, lelaki moden dikatakan lebih mengambil berat dan merupakan kawan yg baik. Di sini diberikan sepuluh mitos tentang lelaki hari ini.

# 1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka ci ntakan seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui yg mereka sudah berkeluarga.
#2. Lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka.
#3. Lelaki tidak mampu utk setia dgn seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan, lelaki sukar utk setia.
#4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.
#5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbandin g wanita.
#6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.
#7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan  masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.
#8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.
#9. Cinta bagi lelaki adalah seks.
#10. Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.

Selasa, 1 Februari 2011

20 Alasan Tak Perlu Lafaz Maaf

                                               

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?
  
 Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 - PERASAAN KAMU
 Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
 Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU 
 Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
 Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
 Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 - BERKATA JUJUR
 Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
 Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
 Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 - TERUS BERTANYA
 Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
 Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
 Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
 Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
 Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
 Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
 Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
 Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas 'kebaikan' kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
 Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
 Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
 Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
 Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut

Ahad, 30 Januari 2011

Call 04-6461234 kalau berani!!!




It is claimed that after you dial the number, you'll hear a girl's sad voice repeating something like "Jai Jian le" 再見了.
And you won't be charged for the call.


First I tot this is just another lame prank, getting other to bombard the victim's phone with countless calls. But after reading through other posts, all those who have tried heard the similar voice, then it will just disconnect itself.


OK, so out of curiosity, I dial the number using my hand phone. There wasn't any toot-toot ... toot-toot like other land line phone, but I heard the "Jai Jian Le" instantly, and it repeated until the line got disconnected. My first impression it was actually a recorded caller ring tones.


So here's a few things I found it's weird:
- the number clearly is a land line number, a Penang number, but land line got caller ring tone meh?
- I ask my friend to call at the same time while I'm still at the line, he also heard the same thing.
- Some other forumers claim they have heard different things like, "do you want to come accompany me?" in mandarin.
- Some heard it's a malay guy or a malay girl's voice.




So if you want to try... try at your own risk


rumors are this is the last voice recorded by a girl before she commit suicide.


Call 04-6461234 kalau berani!!!

Sabtu, 29 Januari 2011

Tanda Cinta Berakhir

   

Sekiranya kamu berasakan  hubungan sudah 'gawat', cuba  lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan  atau tidak. 

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.

Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah. 

2. Dia tidak lagi mencari kamu. 

Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya. 

3. Dia pindah rumah ... tanpa memberitahu kamu

Alasannya, 'lupa'. Hmmm, ini kamu harus tanya, "Lupa atau buat lupa ?" Ini tanda yang cukup berat, bererti  si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu. 

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi. 

Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan.

Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli. 


5. Foto kamu hilang. 

Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja, atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti  apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci  atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya. 

Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya?

Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya. 


7. Dia 'lupa' hari jadi kamu. 

Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri

Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru. 

Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir. 

Kalau hubungan ini  secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

Rabu, 26 Januari 2011

Bagaimana mengetahui si dia benar mencintai kita??

tips yang aku nak kongsi hari ini ditujukan khas kepada lelaki-lelaki diluar sana untuk mengetahui benarkah si dia mencintai kita.. kebanyakan lelaki tidak perasan bahawa si dia sebenarnya telah lama menyukai atau memendam rasa terhadap diri lelaki itu walaupun telah lama bersama.. jadi bergantung kat anda semua lah nak gunakan tips ini untuk lebih mendekati atau menjauhi sesama anda.. lagipun tips ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri..




1) sekiranya anda bersalaman dengannya, si dia akan mengusap-usapkan jarinya di tangan anda.. itu bermakna si dia mencintai anda


2) sekiranya anda menampakkan susuk tubuh anda, si dia akan merenung anda tanpa mengelip mata.. itu bermakna si dia mencintai anda


3) sekiranya anda bersedih, si dia akan berusaha menenangkan anda dan membelai anda manja.. itu bermakna si dia mencintai anda


4) sekiranya si dia cemburu apabila anda bersama insan lain atau bersama rakan-rakan, itu bermakna si dia mencintai anda


5) sekiranya si dia tidak berkasar dengan anda atau si dia sentiasa berlemah lembut dengan anda, itu bermakna si dia mencintai anda


6) ketika anda berpelukan dengan si dia, si dia akan memejam mata dan mengusap-ngusap badan anda.. itu bermakna si dia mencintai anda


7) sekiranya anda melafazkan kata cinta walaupun dengan nada bergurau, si dia tidak ketawa.. atau dalam erti kata lain, si dia diam kelu tidak berbahasa.. itu bermakna si dia mencintai anda


8) sekiranya ada diantara perkara diatas berlaku dan kelihatan muncul benjolan pada bahagian kemaluan si dia, itu bermakna si dia mencintai anda.. si dia memang betul-betul sukakan kaum sejenis!


ya! ini sebenarnya tips untuk anda (lelaki) mengetahui si dia (rakan atau kawan) adalah gay atau tidak.. kah kah kah.. selepas anda mengetahui keputusannya, terpulang kepada anda untuk menjauhinya ataupun mendekatinya.. sekiranya anda gay, dekatilah si dia (jauhi aku!! yucks!).. tapi anda perlu sedar bahawa rasulullah tak mengaku anda sebagai umatnya sekiranya anda melakukan hubungan sejenis.. kah kah kah.. padan muka! baca tips tentang gay.. kah kah kah..

Selasa, 25 Januari 2011

Tengok la bibir I yang cantik ni, muahh!!!

Svetlana Davydova, salah seorang peserta program realiti di Rusian, mengambil keputusan untuk membesarkan bibirnya. Ni la hasilnyee, pic 1st tu sebelum buat bedah plastik















dia nak buat muka cam cameron diaz niii kut...^_^

Basuh sebelum makan (penting)!!..

Jgn mkn kulit apple sbb kdg2 mgkin dh dilapisi oleh lilin (wax) 
WAX ini digunakan untuk menjaga kualiti makanan sblm dimasukkn ke tmpt sejuk.apple dh setaun tapi masih nmpk fresh dari luar sbb WAX td melindungi apple tersebut dari bakteria sehingga bakteria x dapat menembusi bhgian dalam apple..
 







sbb tu la bile beli buah2 kt supermarket,basuh dulu sblm mkn..klu xde wax pn,basuh tuk kebersihan..

Manusia paling berat dalam sejarah dunia!!

Ini ialah pemenang-pemenang atau juara dalam "siapa paling berat"...
Tahniah atas kejayaan tuan/puan kerana berjaya mencipta nama dipersada dunia..


1. CArol Yager



Paling berat dalam sejarah..!
ni la orang paling berat dalam sejarah.
Rekod terberat pernah dicapainya adalah 727 kg...!!
Disebabkan dijangkiti bakteria. dia dimasukkan ke hospital. Dia tidak mampu untuk berdiri
ataupun berjalan kerana ototnya tidak mampu menampung berat badannya..
Dia maeninggal pada umur 34 disebabkan penyakit buah pinggang, kegagalan organ berfungsi dan obesiti melampau..



2. Jon Brower Minnoch



Ketika berumur 12 tahun berat badannya mencecah 132 kg.
Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital.
beratnya naek mendadak 2 kali ganda.. dan berat badan yang terberat pernah dicapai adalah 635 kg.!!


3. Manuel Uribe.



Berat tertinggi yang pernah dicapai adalah 579 kg.
dia pernah terlantar di atas katilnya selama 9 tahun dar 2001-2008.


4. Walter hudson



Dilahirkan di Brooklyn, New York. Berat masimum dicapai adalah 544 kg.
Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan Pasukan penyelamat terpakse memecahkan dinding biliknya..
Pernah mengatakan' dia makan ape sahaja, dan menikmatinya..!
dia juga telah meninggal dunia.



5. Rosalie Bradford


Dia memang suke makan sejak kecil.
ketika berumur 14 tahun beratnya mencapai 92.
ketika 15 tahun beratnya 140 kg.
Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544 kg.
dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya.
meninggal pada umur 63 tahun.

Ahad, 9 Januari 2011

10 Antivirus Terbaik Dunia 2011

Antivirus adalah penentang virus atau vaksin dari virus merbahaya yang hendak menceroboh dan merosakan fail2 didalam komputer kita, maka dari itu bagi anda yang masih menggunakan Operating System (OS) Microsoft Windows maka diwajibkan untuk memakai antivirus, agar komputer anda tidak mengalami gangguan dari serangan virus merbahaya.
Di dunia ini ada banyak jenis antivirus yang bersaing untuk mendapat tempat terbaik bagi pengguna , mula dari yang free sampai yang berbayar semuanya ada, dan kita bebas dalam memilih yang mana. Tetapi saya menyarankan untuk memakai dua antivirus sekaligus dalam satu komputer.
Disini saya akan memaparkan 10 Antivirus Terbaik Dunia 2011 yang akan menjadi persaingan ketat pada tahun 2011...
10 Peringkat Antivirus Terbaik Didunia Tahun 2011:
1. Bitdefender Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, p2p/file sharing, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, phising, identity theft protection, adware, activex, vulnerabilities, cookies, scripts, full web protection, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, whitelisting, heuristic, real time.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 29.95

2. Kaspersky Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, p2p/file sharing, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, phising, identity theft protection, adware, activex, vulnerabilities, cookies, scripts, full web protection, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 59.95

3. Webroot Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, p2p/file sharing, registry startup protection, dialers, hackers, identity theft protection, adware, activex, cookies, scripts, spam.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 29.95

4. Norton Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, identity theft protection, adware, activex, vulnerabilities, scripts, full web protection, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 39.99

5. ESET Nod32 Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, registry startup protection, dialers, backdoors, adware, activex, vulnerabilities, scripts, full web protection, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 39.99

6. AVG Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, p2p/ file sharing protection, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, phising, identity theft protection, adware, activex, vulnerabilities, cookies, scripts, full web protection, spam, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 34.99

7. G Data Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, phising, identity theft protection, adware, scripts, full web protection,.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 29.95

8. Avira Antivir
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, inbound email protection, outbond email protection, registry startup protection, dialers, backdoors, phising, adware, activex, scripts, full web protection.
c) Protection Technology: Virus signatures, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 26.95

9. Vipre Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: Browser exploit, OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protectionp2p/file sharing, registry startup protection, dialers, backdoors, hackers, phising, adware, activex, vulnerabilities, cookies, scripts, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, heuristic, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 & 64 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 29.95

10. Trend Micro Titanium Antivirus
SPESIFIKASI DAN HARGA:
a) Threat Detection: Virus, Worm, Trojan, Spyware, Malware, Rootkit.
b) Additional Protection: OS exploit, Keyloggers, inbound email protection, outbond email protection, instant messaging protection, registry startup protection, dialers, hackers, identity theft protection, adware, activex, vulnerabilities, cookies, scripts, auto usb detect.
c) Protection Technology: Virus signatures, blacklisting, whitelisting, real time, security network.
d) Supported OS: XP (32 bit), Vista (32 & 64 bit), Windows 7 (32 & 64 bit)
e) Price: $ 39.95
Semoga dengan info ini dapat membantu anda…
semua pilihan ada ditangan anda, (^_^)
Menurut anda antivirus terbaik yang mana ? tulis jawapan anda di bawah !